KUALA LUMPUR: Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan Rang Undang-Undang Antilompat Parti dan tiga perkara berkaitan memorandum persefahaman (MoU) antara PH dan kerajaan Persekutan.
Majlis Presiden PH dalam kenyataannya hari ini berkata, PH berharap Rang Undang-Undang tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.
"Dengan meluluskan Rang Undang-undang ini maka 15 dari 18 Perkara dalam MoU di antara PH dan kerajaan Persekutuan akan tercapai bersamaan dengan 83 peratus," katanya.
Menurut kenyataan itu tiga perkara MoU yang masih perlu dilaksana adalah menetapkan had dua penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri, membentang Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen dan meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut kenyataan itu, Majlis Presiden PH kecewa atas kegagalan kerajaan memanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang Rang Undang-undang Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Madius Tangau.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Wan Junaidi berkata sebaliknya rang undang-undang berkaitan peruntukan larangan itu akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
PH berharap Rang Undang-Undang tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.
Apple dilapor semakin hampir dalam kerjasama guna teknologi OpenAI pada iOS 18
Selain OpenAI, Apple turut berbincang bersama Google untuk penggunaan Gemini pada iOS 18, tetapi masih belum mencapai tahap perbincangan seperti OpenAI setakat ini.
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Penunjuk perasaan pro-Palestin dan polis Florida bertempur
Penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan polis di Orlando, Florida, pada Sabtu.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Letupan dahsyat, asap hitam penuhi utara Gaza
Tentera Israel menyeru penduduk Palestin yang berlindung di kawasan Jabalia di utara Gaza untuk mengosongkan kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat kononnya Hamas cuba memulihkan semula kawalannya di kawasan itu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Antilompat Parti: Pemimpin PH akan bertemu PM - Majlis Presiden
PH berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.